Friday, May 28, 2010
APA ITU SAYANGI DIRI?
Sayangi diri merupakan satu sifat yang perlu ada dalam diri sesaorang murid, pelajar atau remaja dimana sifat ini boleh menghasilkan sahsiah diri yang kuat. Ia juga melibatkan individu yang bijak menguruskan diri, berpenampilan, kesihatan, serta mengenali diri dengan lebih tepat
CIRI-CIRI SAYANGI DIRI
- Menjaga penampilan diri
- Berfikiran positif
- Melakukan aktiviti riadah
- Menjaga pemakanan serta mengambil makanan seimbang
- Mencintai ilmu dan berpengetahuan luas
- Menyayangi diri, keluarga dan guru
- Menghormati antara satu sama lain
- Jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab
KEPENTINGAN SAYANGI DIRI
- Memberi tambah nilai dalam diri murid akan kepentingan sayangi diri
- Melahirkan murid yang sentiasa berketrampilan dan berfikiran positif
- Melahirkan modal insan yang bertanggungjawab dan berperibadi mulia
- Memberi pendeddahan kepada pelajar akan kebaikan memiliki tubuh badan yang sihat
- Pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia
SILA TANYA KAMI
-satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan mengikut kategori
MENGAPA AGAMA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN?
-Islam begitu menitikberatkan persoalan kebersihan luaran mahupun dalaman. Kebersihan yang dimaksudkan meliputi kebersihan tubuh badan, pakaian, persekitaran dan sebagainya.
BERIKAN 3 NILAI-NILAI MURNI YANG HARUS ADA PADA PELAJAR
-Berakhlak mulia
-Berkasih sayang
-Hormat menghormati
APAKAH KEBAIKAN GAYA HIDUP SIHAT?
-Memelihara tubuh badan, menghindari penyakit, otak yang cerdas, dan badan yang cergas
BORANG SOAL SELIDIK
Borang Soal Selidik YA TIDAK
1) Adakah anda menjaga kebersihan diri?
2) Anda memotong kuku apabila kuku panjang?
3) Adakah anda mandi melebihi 3 kali sehari?
4) Tahukah anda cara-cara menjaga kebersihan diri?
5) Perlukah anda memakai uniform sekolah selama seminggu tanpa
menukarnya?
6) Anda selalu berbincang dengan rakan tentang kelemahan diri
untuk diperbaiki?
7) Pernahkah anda melihat piramid makanan?
8) Adakah anda mengambil berat tentang pemakanan yang seimbang?
9) Selalukah anda mengambil sarapan pagi?
10) Anda makan sekali sehari?
Subscribe to:
Posts (Atom)